Thursday 7 November 2013

focusing mode

assalamualaikum semua... okay kita bersambung kembali dengan topik2 yg berkaitan dengan fotografi.. pada entri ni aku nak ceritakan sedikit tentang focusing mode. bila disebut tentang focusing mode mesti ramai yg trpikir ia adalah autofokus atau manual fokus pada camera korang. okay ia adalah tepat sekali. tapi  kali ni  aku nak cerita lebih detail sikit pasal focusing mode nie.



                                           


AF= AUTOFOCUS

diatas ialah contoh focusing mode untuk AF mode. disebelah kiri utk canon dan disebelah kanan utk nikon..
bagi yg menggunakan kamera selain dari model diatas. anda tidak perlu risau kerana hampir semua focusing mode bagi setiap camera adalah sama. sila rujuk pada manual anda.

ONE SHOT OR AF-S (SINGLE SERVO AF)



pada mode ini.  kamera akan fokus sekali sahaja apabila kita dah tekan separuh butang pengatup(shutter release).. oleh itu mode ini sesuai untuk mengambil gambar yang pegun dan tidak banyak bergerak seperti potrait dan landskape. jika objek yang mahu diambil beralih seperti burung.mode ini tidak lagi sesuai digunakan memandangkan ianya hanya akan terus lock focus pada subjek yg kita nak ambil.. dikhuatiri akan berlaku blur pada subjek.. pada modee ini bateri adalah lebih menjimatkan.


AI SERVO AF OR AF-C (CONTINUOUS- SERVO AF)






pada mode ini pula. kamera akan fokus secara berterusan atau continuous focus. mode ini sesuai untuk memastikan objek yg bergerak sentiasa dalam keadaan focus dan tajam. apabila butang pengatup(shutter release) di tekan separuh. maka subjek yg  bergerak akan sentiasa berada dalam keadaan focus dimana kamera akan memfokus semula subjek tersebut, walaubagaimanapun. teknologi ini tidak menjamin ketepatan pada subjek yg ingin diambil. jadi kemungkinan untuk blur pada gambar itu masih ada. pada mode ini, bateri akan lebih banyak digunakan,


AUTOFOCUS- AI Focus AF (Canon)/AF-A (Nikon)

                   

untuk mode ini. kedua2 mode diatas akan dipilih secara auto mengikut keadaan.. contohnya jika objek yg difokus bergerak-gerak.. maka kamera akan memlih mode AI SERVO AF OR AF-C (CONTINUOUS- SERVO AF).  manakala jika objek yang diambil itu adalah pegun.. maka kamera akan memilih mode ONE SHOT OR AF-S (SINGLE SERVO AF).  akan tetapi seperti yang saya katakan tadi, teknologi ini tidak 100% tepat. mungkin ada sedikit kesilapan. oleh itu sy syorkan agar korg memilih mode2 diatas mengikut keadaan untuk mengelakkan kesilapan. walaubagaimanapun teknologi ini tidak lah teruk sangat..



MANUAL FOCUS





















dalam mode ini. anda bebas memfokus mengikut kehendak anda. contohnya, anda ingin mengambil gambar rakan anda tapi ada orang lain dihadapan mereka. jika menggunakan autofokus, ia akan fokus pada objek yg paling dekat. oleh itu anda perlu menggunakan mode ini untuk memfokus rakan anda yang berada dibelakang orang tersebut. mode ini kebiasaannya tidak selalu digunakan oleh newbie. kemungkinan kerana sukar dan mengambil masa untuk memfokus objek. tp sebenarnya ia tidaklah sesukar mana dan perlu digunakan jika anda mengalami situasi seperti yg sy katakan td. jika anda biasa menggunakan manual, lama kelamaan anda akan mahir dalam menggunakannya.



oklah korang dengan ini saya akhiri entri saya dengan assalamualaikum w.b.t.





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers