Sunday, 27 October 2013

APA ITU ISO?



Assalamualaikum w.b.t semua, dalam entri ini saya ingin kongsikan
    sedikit pengetahuan saya berkenaan iso.





mungkin ramai yang sudah tahu apa itu iso.. tapi tahukah korang apa maksud,fungsi dan kepentingan iso ni dalam mendapatkan kualiti gambar yang terbaik.

sebelum saya mulakan pembebelan saya tentang iso ni biar saya bg maksudnya terlebih dahulu.

ISO- secara umumnya  ia adalah kesensitivitian terhadap cahaya.

bila disebut kesensitivitian terhadap cahaya maka boleh dikatakan juga nilai iso mempengaruhi  kecerahan sesuatu gambar mengikut keadaan.
semakin tinggi nilai iso yang digunakan maka semakin cerah gambar yang diambil. tapi bagaimana pula anda perlu menggunakan nilai iso yang tinggi atau rendah?



iso yang tinggi bermaksud lebih cahaya akan diterima semasa mengambil gambar oleh itu  pastikan anda menggunakan nilai iso yang betul untuk memastikan gambar yang diambil tidak overexposure atau underexposure.  untuk memudahkan lagi  korg utk paham. gunakan nilai iso bertentangan dengan pencahayaan persekitaran seperti:
     semakin tinggi keamatan cahaya/ terang cahaya persekitaran = semakin rendah iso yang digunakan    

                      korang juga boleh berpandukan pada gambar diatas untuk memilih nilai iso


 akan tetapi anda juga boleh menggunakan ape2 sahaja nilai iso yang anda suka jika anda pandai mengawal/menggunakan nilai shutter speed. akan tetapi terdapat beberapa kesan yang kebiasannya akan terlihat pada gambar anda jika anda menggunakan nilai yang tinggi

cuba perhatikan gambar diatas.. anda akan dapat lihat terdapat banyak bintik pada nilai iso yg tinggi berbanding iso yang rendah.. ia dikenali sebagai noise.. dengan kehadiran noise yang tinggi kualiti gambar anda mungkin akan menurun.. oleh itu saya sarankan agar anda menggunakan nilai yang betul demi mendapatkan pencahayaan dan kualiti yang terbaik.

PESANAN PENAJA:
 biasanya kalau di tempat gelap jek. mesti ramai photographer yang takot nak gunakan nilai iso yang tnggi lebih2 lagi newbie. ada kalanya kite terpaksa gunakan iso yang tinggi. daripada korg x dapat tangkap ape2. dapat gambar blur, underexposure dan sebagainya. lebih baik gunakan iso yang tinggi. istilah senang aku
 DO OR DIE. atau maksud senangnyer korang nak gambar  noise atau pun dapat gmbr yang blur dan trlalu gelap? . kalau gambar ada noise boleh lagi kita kurang kan dengan kaedah edit tp kalau dah blur? nak edit macam mane an?  keputusan ditangan anda.

ada juga sesetengah photographer yg menggunakan sepia, black and white dan mcm2 lagi mood utk mengurangkan noise daripada terlihat. tapi biasa nya kalau gunakan mood nie.. noise tu akan mencantikkan lg gmbr.. org ckp lah . aku x ckp.. :P

okey. saya end saya punya entri sampai disini. harap korg paham.. jika ada sebarang kesilapan yg trdapat pada entri ini minta tlg perbetulkan. :)





2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers