Saturday 14 September 2013

shutter speed


assalamualaikum.. pada entri kali ni aku nak cerita serba sedikit tentang shutter speed nie.. walaupun pada dasar nya aku ni masih amatur and x pro tentang shutter speed ni tp x salah kan lau kite nak berkongsi ilmu sekadar yg sy tau..
(kejap aku kejap sy..mane satu ni..ok..abaikan..haha)
baiklah berbalik pada topik asal.
shutter speed: ialah berapa lama masa utk filem atau digital sensor terdedah kepada cahaya.. atau erti kata lain shutter speed mengawal jumlah masa  sensor tededah kepada cahaya..

kelajuan shutter menentukan samada objek tersebut dalam keadaan pegun(freeze) ataupun seakaan bergerak(blur)

                                         
akan ttpi kelajuan pengatup/shutter speed juga mempengaruhi kecerahan terhadap sesuatu gambar yg ditangkap..

1/3200sec(shutter speed)
1/25sec(shutter speed)
kelajuan shutter yg sesuai penting demi memastikan objek berada dalam pencahayaan yang seimbang..  nilai shutter speed yg tidak sesuai akan menghasilkan gambar yg mungkin terlalu terang dan mungkin terlalu gelap.. seperti gambar diatas.. ( nilai shutter speed terlalu tinggi) menghasilkan gambar yg sedikit gelap..bgitu juga gambar ditepi ini.. nilai shutter speed terlalu rendah menyebabkan gambar terlalu cerah dan sedikit kabur..
tetapi anda juga boleh menggabung kan gambar yg gelap dan cerah utk menghasilkan gambar hdr(pd entri akan dtg)

oleh yang demikian, untuk mempelajari penggunaan manual.. korg boleh menentukan nilai shutter speed dengan merujuk pada gambar dibawah

ini ialah exposure metering untuk kamera jenama canon.kbnykn kamera dslr akan dilengkapi dngn metering exposure ni.jadi x kesahla kalau korg gune brnd lain seperti nikon,sony, dan lain2.. jika korg ingin menggunakan shutter speed secara manual.. pastikan palang metering itu berada ditengah dengan melaraskan shutter speed korg seperti gambar diatas..ianya adalah first step utk menggunakan manual.. utk ketahui lebih lanjut korg bolehlah rujuk pd buku2 photography atau pun menghadiri kelas photography..

shutter speed memerlukan keseimbangan seperti nilai shutter speed yg kecil.. ia sesuai pada keadaan cahaya yg kurang akan tetapi lebih kepada risiko blur... begitu juga nilai shutter speed yg tnggi.. ia sesuai pada pencahayaan yang tinggi dan menyebabkan objek menjadi pegun.. tetapi jika terover exposure pula akan menyebabkan objek menjadi gelap..



1/20sec

1/45sec


dengan memahirkan penggunaan shutter speed korg leh buat pelbagai jenis gambar yg kreative.. kadangkala x salah kalau nk mencuba.. adakalanya underexposure(kurg terang) mahupun overxposure(terlebih terang) juga boleh dijadikan gambar yg menarik mengikut kreativiti anda..

sedikit tips:
1-30sec- kebiasaannya digunakan untuk gmbr malam yg istimewa seperti light trail dan memerlukan tripod
1-1/2- kebiasaannya digunakan untuk melihat gambar seperti air yg sedang mengalir.. seakan sutera.
1-1/60- kebiasaannya digunakan pada keadaan dimana pencahayaan adalah sedikit kebiasaannya         malam. memerlukan tripod atau pon menggunakan tngan yg tidak parkinson(hehe) tetapi disarankan len ataupun kamera korg ade image stabilizer.. utk mengurangkan blur..
1/60-1/280- biasanya digunakan untuk membekukan subjek.. tidak memerlukan tripod..
1/280-1/500- besenye digunakan utk sukan.. dengan zoom yg sngt jaoh
1/100->1/4000- besenye digunakan untuk mengambil sesuatu yg sngt laju seperti perlumbaan kereta ataupun kapal terbang..

tips diatas ini hnyalah sedikit cadangn utk mereka yg baru2 berjinak dlm bidg photography utk mmberi kepahaman.. tidak salah utk menggunakan mana2 nilai shutter speed utk tujuan tertentu.. mengikut kreativiti masing2

selamat mencuba..



2 comments:

  1. terlalu berat blog nie..blog yang baik tak perlu letak muzik dibawah..mengurangkan visitor untuk datang kembali.untuk pengetahuan saudara, sy telah memaut blog nie pada blog sy iaitu
    http://gelihatinya.blogspot.com/ dan http://nescaffesuam.blogspot.com/
    bagi tempoh seminggu untuk menaikkan visitor blog saudara

    ReplyDelete
  2. trima kasih atas nasihat dr saudara.. sy bru lg dlm dunia blogger ni..thnks juga kerana memautkan blog sy pd blog saudara.. terima kasih sekali lg :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers